‘Selamat Hari Ibu' kepada semua yang bergelar mak, ibu, mama, mummy ummi dan seumpamanya Ibu dikaulah ratu hati.......
Di kakimu, di matamu, di bibirmu dibekalkan syurga,
Merawat segala kelukaan dan kepedihan,
Pemberi yang tidak mencatat apa yang diberi,
Penderma kasih yang tidak bertepi,
Perawat yang tidak pernah merasa letih menjaga anaknya di kala sakit,
Pendengar yang setia dan penyuluh dalam kegelapan,
Pelukan ibu menjadi penawar dan kehangatan cintanya mengalir di jiwa,
Pendoa yang sentiasa mendoakan anaknya tanpa mengira waktu dan tidak pernah pilih kasih,
Naluri ibu dapat merasa apabila anaknya berbuat baik atau salah,
Kelembutan hati yang sentiasa memaafkan anaknya,
Walaupun kesalahan itu menggunung tinggi,
Kadangkala bicaranya yang berulang-ulang membuatkan kita bosan,
Sehingga kita mampu menghafal setiap bait kata-katanya dan menjadikannya bahan usikan,
Tetapi setelah ibu memejamkan matanya, barulah kita tahu,
Betapa cengkaman rindu kepadanya membuai rasa,
Terasa sayang teramat sangat kepada ibu,
Benarlah kata ungkapan ‘Kasih dan Cinta Ibu membawa ke Syurga’
Begitulah hebatnya seorang yang bernama IBU.…..
Hargai dan balas kebaikan jasanya kerana syurga berada di bawah tapak kaki ibu.
Berbaktilah semasa mereka masih segar bugar, janganlah ditunggu lagi.
Menunggu bermakna kita pasti terlewat……..
SELAMAT HARI IBU, MAK…..

No comments:
Post a Comment