Saturday, May 16, 2009

BERSYUKUR

Masa yang ditunggu-tunggu kunjung tiba. Temujanji prosedur endoscopy untuk esophagitis! Pelbagai fikiran bermain di kepala. Takut, suspen, gusar, risau, marah. Kaki diheret ke HKL, ditemani suami yang siapsiaga dengan cuti rehatnya selama 5 hari, sebagai tanda sokongan. ”Whatever the result we are going for a holiday after that”, dia tegas.

Jam 9.30 pagi, nama I pun dipanggil untuk menjalani prosedur tersebut. Agak menyakitkan. Setengah jam kemudian doktor memutuskan: cuma 1 spot sahaja inflammation tinggal berbandingkan 4 sebelumnya. Alhamdulillah ke hadrat Illahi. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh diucapkan. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Terasa amat bersyukur. Bak kata suami ”kita mestilah selalu bersyukur”.

Thanks DH, you’re always there when I need you. Sentiasa bersabar dengan kerenah I yang selalu menyakiti hatinya.

Thank you very much DH for encouraging me to retire early. I really appreciate it. No more stress….

So, it’s off to Fraser’s Hill. I really love this place. Tenang, aman, sejuk. Waktu yang paling seronok dan bahagia, bila duduk di anjung dan memerhati burung-burung berterbangan lalu. Sungguh melegakan, really… Subhanallah, itulah salah satu ciptaan alam, hadiah Allah. Sungguh menakjubkan.

Bila berada di sana, teringat dengan kata-kata my younger son, Haziq yang suka mengusik I dengan kata-kata berikut “Bila pula lah, mak ni minat dengan kehijauan alam’. Masih teringat my elder son Saufi tergelak aje dengan kata-kata adiknya itu.

6 comments:

  1. ehem.. silap² nanti ada.. :D

    (jelesnye!)

    ReplyDelete
  2. Semoga kak raja sihat selalu and stay gorgeous..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah! camni boleh la makan sambal balik...heheee....

    wahwah.... asyik honeymoon je ye ngan abg. wan.... ni yg jeles ni....

    ReplyDelete
  4. Aishah,

    ha.ha... rasanya tak kot....

    ReplyDelete
  5. Farihah,

    Tq, Insya Allah akak akan stay gorgeous selagi mampu...

    ReplyDelete
  6. Ayu,

    Still kena jaga jugak mkn sambal tu...

    Selagi larat honeymoon ni, kita teruskan je le...

    ReplyDelete