Thursday, May 28, 2009

MAKAN MAKAN

Last Sunday, we had a gathering at our house. Managed to gather about 40 family members from ages of 2 to 70. Even our Busu and family from Malacca managed to drop in. Just a long overdue makan suggested by my DH.
To fulfill his suggestion, I have to import the special Chef from Tropicana to help out in the meal preparation. Mak, and Kak Long stayed the night before so that we can go to the Pasar Tani early the next day, the menu already decided by Mak earlier. MIL came early Sunday morning to help out in the kitchen.
The menu was a mixture of kampong and contemporary styles: asam pedas ikan parang (mum’s killer recipe), siput sedut lemak cili api, ayam goreng berempah, lala rebus serai, ikan goreng, sayur campur goreng, nangka masak lemak, cendawan goreng tepung, ulam jantung pisang, pegaga, pucuk gajus and sambal belacan.
It was also a time for catching up on the latest happenings. We even had a surprise cake to celebrate my younger sister Net belated birthday, courtesy of Aqlan, our brother-in law.

Wednesday, May 20, 2009

From the garden to the kitchen
















This morning, sempat YM with Farihah, one of my ‘adik’ at BTB. We still keep in touch with each other even though I‘m a pensioner. Yup! Still remember the sweet memories kat office with adik-adik 3 As: Aishah, Azimah and Azura. Ingat tak? Bila stress aje, sanctuary kita di LT. We had a good lunch and talk and, hey presto! Everything goes back to controllable mode.

My latest ‘hobby’ now is gardening depan rumah. Sekangkang kera je. For a start, I baru tanam lada merah, cili api, daun kesom and a potted herbs (oregano, parsley and spearmints). It’s really enjoyable, especially bila tenguk cili tu dah berbuah. Tapi tak pernah petik sampai cilinya kecut. Sampai my DH pun dah faham, bila dia tanya aje, akak akan jawab nak buat benih...

My daily routine, every morning watering my plants and talk to them especially my roses (dah mati tapi tunggu kudup baru berbunga). This is considered as substitute for exercise. Nak jogging, a bit lazy at the moment.

Tonight my DH told me, he don't feel like eating rice. Sebenarnya I dah siap marinate lamb pun for dinner dari tengahari. Lagi senang. The way to a man's heart is through his stomach, they say.

Tonight’s menu: lambchops with chips, broccoli and parsley (tanam sendiri), desert: risole.

Saturday, May 16, 2009

BERSYUKUR

Masa yang ditunggu-tunggu kunjung tiba. Temujanji prosedur endoscopy untuk esophagitis! Pelbagai fikiran bermain di kepala. Takut, suspen, gusar, risau, marah. Kaki diheret ke HKL, ditemani suami yang siapsiaga dengan cuti rehatnya selama 5 hari, sebagai tanda sokongan. ”Whatever the result we are going for a holiday after that”, dia tegas.

Jam 9.30 pagi, nama I pun dipanggil untuk menjalani prosedur tersebut. Agak menyakitkan. Setengah jam kemudian doktor memutuskan: cuma 1 spot sahaja inflammation tinggal berbandingkan 4 sebelumnya. Alhamdulillah ke hadrat Illahi. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh diucapkan. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Terasa amat bersyukur. Bak kata suami ”kita mestilah selalu bersyukur”.

Thanks DH, you’re always there when I need you. Sentiasa bersabar dengan kerenah I yang selalu menyakiti hatinya.

Thank you very much DH for encouraging me to retire early. I really appreciate it. No more stress….

So, it’s off to Fraser’s Hill. I really love this place. Tenang, aman, sejuk. Waktu yang paling seronok dan bahagia, bila duduk di anjung dan memerhati burung-burung berterbangan lalu. Sungguh melegakan, really… Subhanallah, itulah salah satu ciptaan alam, hadiah Allah. Sungguh menakjubkan.

Bila berada di sana, teringat dengan kata-kata my younger son, Haziq yang suka mengusik I dengan kata-kata berikut “Bila pula lah, mak ni minat dengan kehijauan alam’. Masih teringat my elder son Saufi tergelak aje dengan kata-kata adiknya itu.

Thursday, May 7, 2009

Selamat Hari Ibu

‘Selamat Hari Ibu' kepada semua yang bergelar mak, ibu, mama, mummy ummi dan seumpamanya Ibu dikaulah ratu hati.......
Di kakimu, di matamu, di bibirmu dibekalkan syurga,
Merawat segala kelukaan dan kepedihan,
Pemberi yang tidak mencatat apa yang diberi,
Penderma kasih yang tidak bertepi,
Perawat yang tidak pernah merasa letih menjaga anaknya di kala sakit,
Pendengar yang setia dan penyuluh dalam kegelapan,
Pelukan ibu menjadi penawar dan kehangatan cintanya mengalir di jiwa,
Pendoa yang sentiasa mendoakan anaknya tanpa mengira waktu dan tidak pernah pilih kasih,
Naluri ibu dapat merasa apabila anaknya berbuat baik atau salah,
Kelembutan hati yang sentiasa memaafkan anaknya,
Walaupun kesalahan itu menggunung tinggi,
Kadangkala bicaranya yang berulang-ulang membuatkan kita bosan,
Sehingga kita mampu menghafal setiap bait kata-katanya dan menjadikannya bahan usikan,
Tetapi setelah ibu memejamkan matanya, barulah kita tahu,
Betapa cengkaman rindu kepadanya membuai rasa,
Terasa sayang teramat sangat kepada ibu,
Benarlah kata ungkapan ‘Kasih dan Cinta Ibu membawa ke Syurga’

Begitulah hebatnya seorang yang bernama IBU.…..
Hargai dan balas kebaikan jasanya kerana syurga berada di bawah tapak kaki ibu.
Berbaktilah semasa mereka masih segar bugar, janganlah ditunggu lagi.
Menunggu bermakna kita pasti terlewat……..


SELAMAT HARI IBU, MAK…..