Wednesday, November 18, 2009

Kerja Banjir - Banjir Kerja

Musim hujan agak membimbangkan sekarang. Harap2 warga JPS tabah menangani isu banjir. Tapi tak nampak sangat pegawai JPS dalam berita. Kenapa ye? Semalam nampak pegawai hidrologi Kelantan, Shaari Haron, dalam TV bagi kenyataan mengenai banjir. Syabas! Hubby called him, ucap tahniah. Member dia…
Tadi di satu seminar anjuran Dutch Embassy pagi tadi, hubby jumpa ramai orang JPS dan ex-JPS, termasuk ex Pengarah Hidrologi. Kawan tu kata, semasa baru2 pencen dulu, bila hujan lebat je dia terus capai handphonenya untuk dapat maklumat tahap hujan etc. Entah berapa bulan fobianya. Lama2 baru dia sedar yang dia dah pencen! Begitulah orang JPS, tanggungjawab banjir masih letak atas bahu mereka.
Pagi tadi terima sms dari Azi, ajak lunch. Akak pun agak free (hehehe) hari ni, so ‘on’ je la. Lagi pun memang rindu bangat dengan 3As. Sempat la ‘update’ sedikit cerita... Memang seronok bila bercerita dengan my dear 3As. Rasanya sekejap sangat bersembang , tak sedar dah dekat pukul 2 ptg. Kena balik kerana adik2 I ni ada meeting. Adik2 I ni sekarang makin dibanjiri dengan kerja2 kat pejabat. Almaklum je la ‘business’ banjir ni adalah ‘bread and butter’ JPS.
Let’s do lunch again soon.